Topik yang sangat biasa namun susah untuk dijelaskan. Saya juga tidak pandai untuk mengatakan ianya mudah untuk dijelaskan tetapi saya boleh menceritakan setenggah daripada pengalaman saya.
Seperti yang lain, saya juga perlu sahabat mengilinggi saya. Lebih ramai, lebih meriah. Hidup bebas daripada terlalu banyak masalah kerana pengubat jiwa kita ada di sekeliling kita untuk memadamkan masalah kita. Tetapi bukan semua sahabat yang baik dan penolong meyelesaikan masalah yang bijak. Jesteru itu, kita sendiri harus pandai dan bijak memilih sahabat agar kita tidak mudah hanyut pada asutan syaitan sahabat kita. Mana yang kita rasa bagus kita simpan, yang tidak kita jauhi. Itulah yang saya buat jika saya lihat sahabat saya itu bukan jenis meringgankan masalah saya.
15 tahun saya di bumi dan saya sudah semakin matng memikirkan hal persahabatan. Mempunyai ramai sahabat yang ada pelbagai ragam amat saya ingini. Saya gemar melihat ragam serta keunikkan didalam diri mereka. Di sekolah sahaja saya sudah dapat melihat pelbagai jenis buruk dan baik sahabat saya. Kadang kala saya prahatikan, mereka ini hanya tahu berbuat salah tapi tidak tahu mengambil resiko. Ibarat peribahasa yang berbunyi, 'ketuk tin kosong.'
Walau macam mana pun sekarang saya sangat bersyukur kerana di berkati sahabat-sahabat yang saya sukai. Kami boleh ketawa, memikir, bercerita bersama dengan baik. Saya jarang mempunyai persalah fahaman diantara sahabat saya kerana jika kami berdepan dengan masalah saya akan ke hadapan untuk sama-sama menyelesaikan masalah dengan cara yang betul dan baik. Hidup saya lebih aman dengan kehadiran sahabat saya di tepi. Itulah keindahan yang dapat saya raih sekarang.
Tuesday, August 24, 2010
erti persahabatan
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 6:58 AM 0 comments
sukan olympik belia menjadi isu perbualan sekarang :D
14-26 Ogos 2010 ialah tarikh yang amat bersejarah untuk Singapura. Kerana usaha gigih rakyat Singapura, kami telah berjaya meraih kemenangan untuk menjadi tuan rumah kepada menganjurkan Sukan Olimpik Belia tahun ini. Ia adalah acara besar-besaran yang menampil merata belia dari seluruh negara yang berbakat tertentu untuk datang ke sini mengambil
bahagian dalam pertandinggan sukan dan meraih pinggat untuk negara mereka.
Setelah 2 tahun bersiap sedia ahkirnya hari yang di nanti-nantikan sudah pun tiba dan ianya hampir berahkir. Acara ini berjalan dengan lancar sekali kerana saya pasti pihak pengurus menguruskannya dengan penuh ketekunan agar tidak sembarang perkara yang luar jangkaan tidak berlaku. Saya tahu proses mengacarakan ini mengambil masa yang lama namun semuanya telah terbalas sekarang. Pada pendapat saya, cara untuk menarik perhatian penduduk Singapura untuk mengambil bahagian untuk acara ini bukan sesuatu masalah yang merumitkan kerana rakyat Singapura mempunyai sifat mesra dan harmonis. Dengan acara sebegini, saya dapat melihat ramai rakyat Singapura bangkit secara satu negara. Semangat mereka kuat untuk menyambut kemeriahan acara gempak ini. Ramai para pelajar serta guru juga mengertai juga.
Namun, saya berasa rugi teramat kerana tidak dapat mengertai dalam sembarang aktiviti acara ini kerana inilah peluang satu-satunya Singapura dapat menganjurkan acara besar-besaran untuk dunia. Tetapi saya sempat melihat acara pembukaan sukan olympik belia di Marina kelmarin. Pertunjukkannya sungguh luar jangkaan saya. Sangat unik dan menggagumkan. Saat yang paling menarik ialah pertunujukkan bunga api di malam hari. Coraknya serta warna-warni bunga api itu membanjiri pemukaan langgit yang gelap tersebut. Sangat lawa. Lampu-lampu yang tertera di muka pejabat-pejabat lagi menaikkan keindahan bandar Singapura yang terserat seribu sejarah.
Kesimpulannya, saya berasa sangat berbesar hati untuk menjadi rakyat Singapura kerana pencapaian negara ini sungguh menakjubkan sehingga saya tidak dapat saya bayangkan ianya telah mencapai setinggi gunung. Sebuah negara kecil namun mempunyai semangat kental. Dengan itu syabas kepada mereka semua kerana telah berjaya membangunkan nama Singapura dengan rasa penuh megah.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 6:02 AM 0 comments
sayangi ibu bumi sebelum ia 'lari' dari kita
Cuaca yang tidak tentu. Sekejap bahang serta panas terik dan kemudian secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sehingga mendatangkan banjir kilat di merata kawasan ? Sungguh tidak biasa ibu bumi kita sekarang. Pelik akan perubahannya ? Dengan itu saya ingin mengenegahkan isu ini disini agar ia dapat difahami ramai.
Berkaitan dengan tajuk saya, saya ingin menegaskan bahawa ianya sebuah topik yang amat penting untuk di titik beratkan di masa ini. Maklumlah, ibu bumi sudah pun tenat dan saya berasa amat prihatin dengan 'kesihatannya'.
Jika kita berniat yang sama, tugas ini akan lebih senang di lakukan. Selain daripada menggunakan barangan yang berlabel mesra alam, kita juga harus mengurangkan kegunaan minyak petrol serta elektrik. Inilah adalah antara yang utama yang kita harus prihatin. Saya menyaran agar kita kurangkan memandu supaya asap kotor tidak akan mengancam udara dan kita juga dapat mengurangkan penggunaan minyak petrol. Udara sihat, penduduk juga sihat dan gembira. Menaiki pengankutan awam lebih baik. Kita dapat mengurangkan kesesakkan di jalan raya dan masa tidak disia-siakan begitu sahaja. Masa itu emas.
Mesej ini harus di sebarkan dengan tujuan untuk menyedarkan manusia tentang pentingnya kerjasama mereka sebagai satu penduduk bumi untuk bangkit dan selamatkan 'rumah' kita. Ingatlah, disini kita di beri untuk mencapai kehendak kita jadi kita sekarang tanggung jawab kita pula untuk memberikan yang terbaik untu ibu bumi kita yang banyak berkerja sama dengan kita.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 5:03 AM 0 comments
Monday, July 19, 2010
Entri mengenai persembahan seni- kuda kepang (:
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penonton. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 5:47 PM 0 comments
Entri mengenai persembahan seni- Zapin johor (:
Tarian zapin Johor
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan.
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam yang asal.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 5:28 PM 0 comments
Entri mengenai persembahan seni- tarian piring (:
Kesenian tari piring ini dilakukan secara berpasangan pada jaman sekarang tarian tersebut lebih sering diadakan pada acara pernikahan.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 5:00 PM 0 comments
Pendapat mengenai Persembahan seni (:
Persembahan seni atau dikenali sebagai pertujukkan tarian ini merupa suatu peninggalan yang masih ada di generasi sekarang ini. Ia bertema pertunjukkan. Pertunjukkan ini digayakan dengan pakaian tradisi melayu kita serta gerakkan tarian tersebut. Ada pelbaigai jenis tarian di merata negara mlayu dan ianya juga mempunyai syarat serta peraturan masing-masing. Ada sesetenggah tarian, kita harus mengikut peraturannya. Saya gemar menonton persembahan seni kerana ia sangat unik dan kreatif.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 4:48 PM 0 comments
Sunday, July 18, 2010
Entri mengenai pantang larang untuk/mengenai makanan (:
Pantang larang Makanan
ialah, kita bereasa geli untuk memakannya. Tetapi kita harus percaya bahawa ketika daahulu ada juga
orang yang memakan kepala ayam sebagai hidangan makanannya.
memakan sisa daripada kami (adik-beradik). Pada pendapat saya ianya
3. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
menggelakkan daripada sembarang kecederanan kerana keliling sumbing itu tajam.
6. Makan sambil berjalan nanti akan dapat penyakit perut.
7. Makan nasi disenduk nanti payah dapat rezeki.
8. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 5:17 PM 0 comments
Friday, July 16, 2010
Entri mengenai pantang larang untuk pemakai susuk (:
Pantang larang pemakai susuk
1. Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang- larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
- Asal kita tahu pantang larang ini khas untuk para pengguna susuk ini agak pelik namun ianya harus tetap diturut
kerana jika tidak padah akan menimpa si pemakai tersebut. Secara fizikal, kita harus percaya kerana sudah
banyak cerita buruk yand ditimpa si pemakai susuk ini menerima jika mereka melaggar peraturan ini ibaratkan
racun kepadanya..
2. Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
- Labu air
- Pisang tanduk
- Daun kelor
- Satay
- Pantang larang inilah yang harus pemakai elakkan kerana jika tidak mereka akan merana padahnya.
3. Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
- Melalui bawah penyidaian
- Melalui di bawah tangga/rumah
Akhir sekali, kita tahu bahawa pemakai susuk itu biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan dirinya. Tetapi secara fizikal, tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Ianya hanya terpulang pada individu sahaja.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 3:21 AM 1 comments
Entri mengenai pantang larang untuk Pembuat keris (:
Pantang larang untuk si pembuat keris
1. Pembuat keris tidak boleh bercakap sembarangan atau sesedap mulut ketika proses menghasilkan keris.
- Peraturan ini ada juga logiknya. Mungkin disini ia ingin mengatakan bahawa apabila melakukan sesuatu
pekerjaan, kita haruslah tekun membuatnya agar tidak terjadi apa-apa kemalangan kerana jika kita asyik
bersembang bila melakukan pekerjaan, kita akan lewa akan apa yang sedang kita lakukan.
2. Wanita pula dilarang masuk ke dalam kedai atau pondok membuat keris.
- Larangan yang ini agak pelik. Kenapa wanita dilarang masuk walaupun kita tidak melakukan apa-apa. Namun
ia mungkin atas sebab-sebab tertentu yang kita pasti apa sebabnya.
3. Si pembuat juga perlu berpuasa dan perlu tahu seni membuat keris ketika pekerjaan ini dilakukan.
- Pantang yang ini mungkin atas sebab si pembuat itu perlu menghormati keris yang akan dibuatnya itu. Ini
sebagai mengikut sejarah.
4. Si pembuat tidak boleh diletakkan merata-rata, bimbang dilangkah anak yang dipercayai boleh membawa
musibah.
.
- Kita sering mendengar pantang larang yang ini dan ia ada juga logiknya kerana jika kita meletakkan keris itu
merata lalu anak kita pula bermain dengan keris itu., ia akan mendatangkan kecelakaan kerana asal kita tahu
keris itu sememangnya tajam.
5. Selain itu, keris perlu dielak daripada dilanggar atau dipijak.
- Ia bermakna perbuatan itu diibaratkan diri si pemilik keris seolah-olah ‘dilangkah’ atau ‘disepak’
(jatuh maruah).
Kesimpulannya, keris merupakan simbol pusat budaya dan pemahaman terhadap sejarah Melayu. Reka bentuk keris menjadi cerminan bangsa Melayu yang menggambarkan kreativiti, seni ukir dan tukangan yang begitu halus hasil ketajaman fikiran penukangnya.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 2:31 AM 1 comments
Thursday, July 15, 2010
Entri mengenai pantang larang untuk kaum suami kepada ibu mengandung (:
Pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung
1. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana
dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Pantang larang ini tidak ada kaitannya dengan sebab ini kerana jika pekerjaan si ayah
itu seorang pemuzik yang meniup seruling, bagaimanakah dia hendak lari jika tidak bermain
dengan alat serulingnya itu.
2. Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak
yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Ini sering kita mendengar. Mungkin ada kebenarannya. Kita sepatutnya tidak boleh
menganyai haiwan/binatang kerana mereka jugak datang dari ciptaan tuhan. Kita harus
menghormati ciptaannya itu agar kita tidak dapat balasan dari-nya.
3. Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana
dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
- Sama seperti yang diatas, yang ini juga sebabnya sama.
Memandangkan ramai rakan sekelas saya telah mengongsi pendapat tentang pantang larang mengenai ibu hamil, saya pula mengongsi mengenai pantang larang khas untuk kaum ayah yang sedang menanti kelahiran anaknya. Namun kesimpulannya, apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu sentiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 8:25 AM 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
Pertandingan blogging 2010 entri mengenai pantang larang di sungai (:
- Pantang larang ini ada logiknya kerana ia berpesan agar kita berwaspada ketika mendekat air sungai.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
- Pada pendapat saya pantang larang ini tidak logik kerana tidak semestinya
suara itu datangnya daripada hantu pari yang sedang berpesta. Bagaimanakah
kita dapat menilaikan bahawa suara tersebut benar datang daripada hantu
tersebut sedangkan kita hanya diberikan sepasang telingga yang tidak dapat
mampu untuk menggenali dari siapakah datangnya suara tersebut melainkan
kita ini dikurniakan dengan mempunyai pendengaran yang luar biasa.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
- Ini benar-benar tidak berakal langsung kerana baimanakah kita dapat
menentu naseb kita sedang malang tidak berbau. Asal kita tahu limau
purut itu hanya buahan dan ia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk
melindung kita daripada ancaman bahaya.
.
Tanpa saya ketahui, jika hendak ke sungai juga mempunyai syarat serta pantang larangnya. Begitu memeningkan. Terdapat sesetengah pantang larang yang dapati agak berguna sert ada juga yang sama sekali tidak logik. Namun, begitu itlah yang dipercayai orang dahulu. Mereka tidak kira jika pantang larang tersebut logik atau tidak kerana pada mereka jikka mereka tidak mengikuti pantang larang tersebut mereka akan ditimpa malang.
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 4:52 PM 0 comments
Monday, July 12, 2010
Pendapat saya mengenai Pantang larang (:
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 5:27 PM 0 comments