14-26 Ogos 2010 ialah tarikh yang amat bersejarah untuk Singapura. Kerana usaha gigih rakyat Singapura, kami telah berjaya meraih kemenangan untuk menjadi tuan rumah kepada menganjurkan Sukan Olimpik Belia tahun ini. Ia adalah acara besar-besaran yang menampil merata belia dari seluruh negara yang berbakat tertentu untuk datang ke sini mengambil
bahagian dalam pertandinggan sukan dan meraih pinggat untuk negara mereka.
Setelah 2 tahun bersiap sedia ahkirnya hari yang di nanti-nantikan sudah pun tiba dan ianya hampir berahkir. Acara ini berjalan dengan lancar sekali kerana saya pasti pihak pengurus menguruskannya dengan penuh ketekunan agar tidak sembarang perkara yang luar jangkaan tidak berlaku. Saya tahu proses mengacarakan ini mengambil masa yang lama namun semuanya telah terbalas sekarang. Pada pendapat saya, cara untuk menarik perhatian penduduk Singapura untuk mengambil bahagian untuk acara ini bukan sesuatu masalah yang merumitkan kerana rakyat Singapura mempunyai sifat mesra dan harmonis. Dengan acara sebegini, saya dapat melihat ramai rakyat Singapura bangkit secara satu negara. Semangat mereka kuat untuk menyambut kemeriahan acara gempak ini. Ramai para pelajar serta guru juga mengertai juga.
Namun, saya berasa rugi teramat kerana tidak dapat mengertai dalam sembarang aktiviti acara ini kerana inilah peluang satu-satunya Singapura dapat menganjurkan acara besar-besaran untuk dunia. Tetapi saya sempat melihat acara pembukaan sukan olympik belia di Marina kelmarin. Pertunjukkannya sungguh luar jangkaan saya. Sangat unik dan menggagumkan. Saat yang paling menarik ialah pertunujukkan bunga api di malam hari. Coraknya serta warna-warni bunga api itu membanjiri pemukaan langgit yang gelap tersebut. Sangat lawa. Lampu-lampu yang tertera di muka pejabat-pejabat lagi menaikkan keindahan bandar Singapura yang terserat seribu sejarah.
Kesimpulannya, saya berasa sangat berbesar hati untuk menjadi rakyat Singapura kerana pencapaian negara ini sungguh menakjubkan sehingga saya tidak dapat saya bayangkan ianya telah mencapai setinggi gunung. Sebuah negara kecil namun mempunyai semangat kental. Dengan itu syabas kepada mereka semua kerana telah berjaya membangunkan nama Singapura dengan rasa penuh megah.
Tuesday, August 24, 2010
sukan olympik belia menjadi isu perbualan sekarang :D
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 6:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment