BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 31, 2009

entri cuti sekolah

Ahad- Hari ini, saya berasa seronok serta gembira kerana akhirnya saya mendapatkan sesuatu benda yang sudah lama saya idam-idamkan. Saya telah dihadiahkan sebuah komputer riba yang telah dijanjikan oleh pakcik saya itu. Dengan mendapat keputusan yang lebih baik dari keputusan lalu saya, akhirnya pakcik saya menunaikan janjinya pada saya. Dia mengajak saya ke pameran elektronik di Suntec Expo. Pameran itu sudah berlangsung selama 3 hari dan hari inilah hari yang terakhir pameran tersebut. Tibanya kami di stesen mrt di City Hall keadaan disiitu sudah penuh sesak. Kami tersangkut didalam kesesakkan itu selama sejam lebih. Dan akhirnya kami tiba di Suntec Expo itu dan tanpa membuang masa kami terus ke pameran tempat komputer riba. Suasana disana sangat riuh-rendah dengan pekikkan. Kami mengambil masa yang agak lama untuk memilih komputer yang sesuai untuk saya menggunakannya kerana saya masih bersekolah lagi. Akhirnya, kami dapat memilih komputer yang sangat sesuai untuk saya seorang pelajar untuk menggunakannya dan ia juga boleh digunakan hingga saya meningkat umur ke penggunaan kerja saya. Memang tidak dinafikan memang pakcik saya itu pakar dalam bidang elektronik sebab itulah saya suka dengan pilihannya yang itu. (: