Pantang larang untuk si pembuat keris
1. Pembuat keris tidak boleh bercakap sembarangan atau sesedap mulut ketika proses menghasilkan keris.
- Peraturan ini ada juga logiknya. Mungkin disini ia ingin mengatakan bahawa apabila melakukan sesuatu
pekerjaan, kita haruslah tekun membuatnya agar tidak terjadi apa-apa kemalangan kerana jika kita asyik
bersembang bila melakukan pekerjaan, kita akan lewa akan apa yang sedang kita lakukan.
2. Wanita pula dilarang masuk ke dalam kedai atau pondok membuat keris.
- Larangan yang ini agak pelik. Kenapa wanita dilarang masuk walaupun kita tidak melakukan apa-apa. Namun
ia mungkin atas sebab-sebab tertentu yang kita pasti apa sebabnya.
3. Si pembuat juga perlu berpuasa dan perlu tahu seni membuat keris ketika pekerjaan ini dilakukan.
- Pantang yang ini mungkin atas sebab si pembuat itu perlu menghormati keris yang akan dibuatnya itu. Ini
sebagai mengikut sejarah.
4. Si pembuat tidak boleh diletakkan merata-rata, bimbang dilangkah anak yang dipercayai boleh membawa
musibah.
.
- Kita sering mendengar pantang larang yang ini dan ia ada juga logiknya kerana jika kita meletakkan keris itu
merata lalu anak kita pula bermain dengan keris itu., ia akan mendatangkan kecelakaan kerana asal kita tahu
keris itu sememangnya tajam.
5. Selain itu, keris perlu dielak daripada dilanggar atau dipijak.
- Ia bermakna perbuatan itu diibaratkan diri si pemilik keris seolah-olah ‘dilangkah’ atau ‘disepak’
(jatuh maruah).
Kesimpulannya, keris merupakan simbol pusat budaya dan pemahaman terhadap sejarah Melayu. Reka bentuk keris menjadi cerminan bangsa Melayu yang menggambarkan kreativiti, seni ukir dan tukangan yang begitu halus hasil ketajaman fikiran penukangnya.
Friday, July 16, 2010
Entri mengenai pantang larang untuk Pembuat keris (:
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 2:31 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Maaf tanya,nie keris apa ye,?
Post a Comment