BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 24, 2010

erti persahabatan



Topik yang sangat biasa namun susah untuk dijelaskan. Saya juga tidak pandai untuk mengatakan ianya mudah untuk dijelaskan tetapi saya boleh menceritakan setenggah daripada pengalaman saya.

Seperti yang lain, saya juga perlu sahabat mengilinggi saya. Lebih ramai, lebih meriah. Hidup bebas daripada terlalu banyak masalah kerana pengubat jiwa kita ada di sekeliling kita untuk memadamkan masalah kita. Tetapi bukan semua sahabat yang baik dan penolong meyelesaikan masalah yang bijak. Jesteru itu, kita sendiri harus pandai dan bijak memilih sahabat agar kita tidak mudah hanyut pada asutan syaitan sahabat kita. Mana yang kita rasa bagus kita simpan, yang tidak kita jauhi. Itulah yang saya buat jika saya lihat sahabat saya itu bukan jenis meringgankan masalah saya.

15 tahun saya di bumi dan saya sudah semakin matng memikirkan hal persahabatan. Mempunyai ramai sahabat yang ada pelbagai ragam amat saya ingini. Saya gemar melihat ragam serta keunikkan didalam diri mereka. Di sekolah sahaja saya sudah dapat melihat pelbagai jenis buruk dan baik sahabat saya. Kadang kala saya prahatikan, mereka ini hanya tahu berbuat salah tapi tidak tahu mengambil resiko. Ibarat peribahasa yang berbunyi, 'ketuk tin kosong.'

Walau macam mana pun sekarang saya sangat bersyukur kerana di berkati sahabat-sahabat yang saya sukai. Kami boleh ketawa, memikir, bercerita bersama dengan baik. Saya jarang mempunyai persalah fahaman diantara sahabat saya kerana jika kami berdepan dengan masalah saya akan ke hadapan untuk sama-sama menyelesaikan masalah dengan cara yang betul dan baik. Hidup saya lebih aman dengan kehadiran sahabat saya di tepi. Itulah keindahan yang dapat saya raih sekarang.

0 comments: