Pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung
1. Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana
dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Pantang larang ini tidak ada kaitannya dengan sebab ini kerana jika pekerjaan si ayah
itu seorang pemuzik yang meniup seruling, bagaimanakah dia hendak lari jika tidak bermain
dengan alat serulingnya itu.
2. Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak
yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Ini sering kita mendengar. Mungkin ada kebenarannya. Kita sepatutnya tidak boleh
menganyai haiwan/binatang kerana mereka jugak datang dari ciptaan tuhan. Kita harus
menghormati ciptaannya itu agar kita tidak dapat balasan dari-nya.
3. Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana
dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
- Sama seperti yang diatas, yang ini juga sebabnya sama.
Memandangkan ramai rakan sekelas saya telah mengongsi pendapat tentang pantang larang mengenai ibu hamil, saya pula mengongsi mengenai pantang larang khas untuk kaum ayah yang sedang menanti kelahiran anaknya. Namun kesimpulannya, apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu sentiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil.
Thursday, July 15, 2010
Entri mengenai pantang larang untuk kaum suami kepada ibu mengandung (:
Posted by ShαrifαhNurAtikαh♥ at 8:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment