Pantang larang Makanan
1. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
- Di generasi sekarang, sukar sekali kita dapat melihat orang memakan kepala ayam. Atas sebab terutamaialah, kita bereasa geli untuk memakannya. Tetapi kita harus percaya bahawa ketika daahulu ada juga
orang yang memakan kepala ayam sebagai hidangan makanannya.
2. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
- Ayat ini sering saya dengari terutamanya daripada leteran nenek yang sering menegur bapa saya jika dia inginmemakan sisa daripada kami (adik-beradik). Pada pendapat saya ianya
mungkin dianggap tidak sopan namun disebaliknya kita dapat menggelakkan pembaziran
makanan yang kini sudah banyak meningkat dari segi harganya.3. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
- Pantang yang ini tidak begitu logik kerana jika yang pennguna pinggan tersebut ialah lelaki
bagaimanakah hendak dia hamil ? Pada pandangan saya, pantang larang ini ada untuk menggelakkan daripada sembarang kecederanan kerana keliling sumbing itu tajam.
4. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
- Saya agak mushkil dengan pantang larang ini, ianya khas untuk warga emas ataupun untuk remaja ? Ibu saya pernah bercerita dahulu ketika masa remajanya, dia jarang mencuci
pinggan makuknya tetapi jodohnya tetap tiba ketika dia berusia sekitar 20 tahun.5.Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
- Pantang larang ini berlainan sedikit kerana ianya berkaitan dengan petua untuk bakal ibu mencuba. Asal kita tahu, rezeki itu semuanya daripada tuhan jadi bukan kerana kita memakan
pisang kembar kita akan dapat anak kembar. Kalau begitu sudah tentu orang akan berebut 6. Makan sambil berjalan nanti akan dapat penyakit perut.
- Ini mungkin bermaksud jika kita makan sambil berjalan, tumpuan kita akan tidak lagi di
pinggan makan tersebut tetapi di tempat lain dan jika nasib kita kurang baik, kita mungkin terkekik makanan tau yang lebih parah ialah tulag ikan kerana ia mungkin akan terselit di
aluran usus kita dan itu yang membuat kita mendapat penyakit perut.7. Makan nasi disenduk nanti payah dapat rezeki.
- Tidak begitu logik kerana adat orang melayu untuk menghidangkan lalu menyendukkan
lauk untuk tetamunya ialah sesuatu yang patut untuk menunjukkan rasa selesa kepada 8. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
- Pantang yang ini sering digunakan dan ianya agak positif untuk menggelakkan sembarang
penghadaman makanan di usus kita.Dengan itu, pantang larang dari segi makanan ini juga banyak yang boleh kita pelajari. Ia terpulang pada individu untuk mengamalkannya atau tidak.
0 comments:
Post a Comment