BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 19, 2010

Entri mengenai persembahan seni- kuda kepang (:

Tarian Kuda Kepang











Tarian Kuda kepang am
at digemari oleh penonton. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Lagu temanya dimainkan dengan gamelan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.










Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini.
Asal tarian ini dipercayai ialah daripada Jawa.

0 comments: