Cuaca yang tidak tentu. Sekejap bahang serta panas terik dan kemudian secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sehingga mendatangkan banjir kilat di merata kawasan ? Sungguh tidak biasa ibu bumi kita sekarang. Pelik akan perubahannya ? Dengan itu saya ingin mengenegahkan isu ini disini agar ia dapat difahami ramai.
Berkaitan dengan tajuk saya, saya ingin menegaskan bahawa ianya sebuah topik yang amat penting untuk di titik beratkan di masa ini. Maklumlah, ibu bumi sudah pun tenat dan saya berasa amat prihatin dengan 'kesihatannya'.
Jika kita berniat yang sama, tugas ini akan lebih senang di lakukan. Selain daripada menggunakan barangan yang berlabel mesra alam, kita juga harus mengurangkan kegunaan minyak petrol serta elektrik. Inilah adalah antara yang utama yang kita harus prihatin. Saya menyaran agar kita kurangkan memandu supaya asap kotor tidak akan mengancam udara dan kita juga dapat mengurangkan penggunaan minyak petrol. Udara sihat, penduduk juga sihat dan gembira. Menaiki pengankutan awam lebih baik. Kita dapat mengurangkan kesesakkan di jalan raya dan masa tidak disia-siakan begitu sahaja. Masa itu emas.
Mesej ini harus di sebarkan dengan tujuan untuk menyedarkan manusia tentang pentingnya kerjasama mereka sebagai satu penduduk bumi untuk bangkit dan selamatkan 'rumah' kita. Ingatlah, disini kita di beri untuk mencapai kehendak kita jadi kita sekarang tanggung jawab kita pula untuk memberikan yang terbaik untu ibu bumi kita yang banyak berkerja sama dengan kita.
0 comments:
Post a Comment