BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 14, 2010

Pertandingan blogging 2010 entri mengenai pantang larang di sungai (:



Pantang Larang Di Sungai


1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
- Pantang larang ini ada logiknya kerana ia berpesan agar kita berwaspada ketika mendekat air sungai.

Keselamatan itu penting.


2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
- Ini larangan yang ini logik kerana ikan toman sangat berbahaya kepada kita.

3. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

- Pada pendapat saya pantang larang ini tidak logik kerana tidak semestinya

suara itu datangnya daripada hantu pari yang sedang berpesta. Bagaimanakah
kita dapat menilaikan bahawa suara tersebut benar datang daripada hantu
tersebut sedangkan kita hanya diberikan sepasang telingga yang tidak dapat

mampu untuk menggenali dari siapakah datangnya suara tersebut melainkan
kita ini dikurniakan dengan mempunyai pendengaran yang luar biasa.



4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
- Ini benar-benar tidak berakal langsung kerana baimanakah kita dapat
menentu naseb kita sedang malang tidak berbau. Asal kita tahu limau
purut itu hanya buahan dan ia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk

melindung kita daripada ancaman bahaya.

.


Tanpa saya ketahui, jika hendak ke sungai juga mempunyai syarat serta pantang larangnya. Begitu memeningkan. Terdapat sesetengah pantang larang yang dapati agak berguna sert ada juga yang sama sekali tidak logik. Namun, begitu itlah yang dipercayai orang dahulu. Mereka tidak kira jika pantang larang tersebut logik atau tidak kerana pada mereka jikka mereka tidak mengikuti pantang larang tersebut mereka akan ditimpa malang.

0 comments: