BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 19, 2010

Entri mengenai persembahan seni- Zapin johor (:


T
arian zapin Johor









Zapin merupakkan tarian tradisional masyarakat Johor. Penari Zapin dapat membuat persembahan yang baik dan teratur ia mampu menarik perhatian orang ramai di sesebuah majlis. Majlis perkahwinan yang mempersembahkan tarian Zapin dengan sempurna, ia mampu mempersonakan tetamu-tetamu yang hadir hingga mereka terlupa tentang kehadiran pengantin! Begitulah hebat dan asyiknya tarian Zapin ni.

Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15. Ia diilhamkan oleh peranakkan Arab dabn dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah mula meluas di kalangan penggemar seni tari.

Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita. Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.

Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk
dilakukan secara berpasangan.


Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan masing-masing.

Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam yang asal.

0 comments: