BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 1, 2009

Sabtu- Hari ini saya dan Elyna keluar bersama. kami berjumpa di stesen mrt AngMoKio lalu naik mrt ke Bugis. kami ke sana kerana ingin mencuba mascara yang baru dikeluarkan di pasaran merata Singapura itu. kami tahu tentang roadshow mascara ini dari majalah khas untuk kalangan remaja untuk membacanya. memang banyak infomasi yang di ketengahkan serta pelbagai isu-isu untuk remaja yang dapat dipelajari dari artikel-artikel tersebut. kami membaca tentang roadshow tersebut, ia inginkan ramai para remaja untuk mencuba mascara tersebut. mereka akan memberikan sedikit hadiah kecil untuk mereka yang datang mencuba mascara tersebut. apa lagi saya dan Elyna pun bercadang ke sana. naseb semasa kami sampai disana keadaan belum lagi sesak. dapatlah kami mencuba mascara tersebut. dapat jugak peluang ingatkan tak dapat tapi naseb. selepas mencuba kami di suruh untuk mengambil gambil dengan mata kami yang bermascara tersebut. malulah jugak untuk bergambar dihadapan kalangan orang yang berulang-alek. dah sudah mengambil gambar kami pun terima hadiah kecil yang akan diberikan kepada kami selepas sudah mengambil gambar. seterus nya kami ke Bugis street untuk menjeling-jeling fesyen yang baru diketengahkan itu. memang geram rasanya melihat fesyen baru itu dijayakan oleh patung-patung tersebut. eee.. pakal tidak cukup duit kalau tidak memang dah beli koleksi pakian fesyen tersebut. setelah jalaan-jalan disana kami ke Marina makan lalu duduk ditepi laut Esplaned tenangkan pikiran kami sambil berborak. pada jam 8 lebih kami pun pulang.

0 comments: