BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 14, 2009

Cinta


CINTA. apakah erti sebenar-nya wahai hati kecilku ?
Kadang-kala terpikir jua apakah makna cinta yang sebenarnya. Dengan sedikit pengertianku ini tentang cinta ia dapat juga sedikit sebanyak membuka mataku tentang pahit manis kisah cinta sesorang itu.
Cinta itu boleh menjadi sebuah mahligai yang indah kepada sesorang itu, yang sedang asyik menelamun asmara cinta-nya bersama kekasih yang dicintainya. Tetapi cinta itu juga boleh juga memusnahkan kehidupan sesorang itu jika cinta yang dibina selama ini putus setenggah jalan tanpa keterangan yang jelas. Mereka mengangap kisah pengalaman cinta mereka sebagai trajedi atau mimpi yang buruk didalam dirinya.
Jika seorang itu baru sahaja putus cinta emosi yang sedang dialaminya itu akan sedikit banyak mengubah cara aktiviti harian mereka. Kalau diperhatikan gerak-geri mereka, kita juga boleh harian melihatnya kerana sikap meraka yang akan sering mengelamun dan lebih suka bersendirian ini memang kita tahu bahawa mereka itu baru sahaja putus cinta atau masalah yang lain yang mungkin peribadi buatnya. Perkara ini sangat memimbangkan kerana kelakuan sedemikian mungkin akan membawa kesan padah pada mereka kelak hari nanti pada sesetenggah orang. Mungkin dengan kekecewaan jiwa yang kosong itu, mereka akan cuba melakukan perkara yang dipandang jijik terhadap masyarat dan selalunya perkara sedemikian bibuatnya demi kepuasan dirinya. Pengambilan pil hayal, minuman keras. Tabiat ini amat popular dikalang remaja sekarang ini apabila baru sahaja putus cinta. Pada mereka hidupnya tidak lagi berguna kepada sesiapa dan tidak dihargai. Sebab itu mereka mengambil keputusan untuk mencuba mengambil pil hayal untuk menenangkan kekosongan jiwa yang sedang dihadapinya. Selalunya mereka tersalah gaul dengan budak-budak yang akan mengpengaruh mereka untuk cuba mengambil pil hayal serta menuman keras.
Disebalik kepahitan cinta itu ia juga ada keindahannya. Keindahan yang dapat membina sebuah mahligai perkahwinanan demi pasangan tersebut. Cinta kekal sepanjang hayat itu harus dibawa mati. Kerana ia akan menemani kesepian hidup kita dengan adanya pasangan yang kita cintai bernama suami. Namanya sepasang suami isteri itu harus sentiasa bersama pasangannya pada setiap masa. Semasa sukar dan senang pasangan itu haruslah dilalui bersama. Baru itu namanya cinta sepanjang hayat sepasang suami isteri kan ?
Dan sepasang suami isteri itu akan kelihatan lebih sempurna jika ia dikurniakan cahaya mata.
Tetapi cinta itu bukan sahaja dilafazkan kepada sesorang yang bernama kaum insan sahaja tetapi ia juga boleh dilafazkan kepada haiwan atau benda yang kita suka.
setakat ini sahajalah pengertianku tentang erti Cinta.

Wednesday, April 1, 2009

Cara- cara untuk menjadi pengguna blogspot yang berguna

Menjadi pengguna blogspot yang bertanggungjawab ialah :
- kita cuma menulis tentang apa kita sudah mempelajari dan tidak menggunakan blog untuk pelbagai niat buruk.
- kita tidak dibenarkan menggunakan kata-kata kesat.
- kita harus menghormati blog kita kerana orang-orang lain akan melihat blog kita.
- kita tidak harus menfitnah orang-orang lain.
- kita mesti menjaga reputasi orang lain.

Sabtu- Hari ini saya dan Elyna keluar bersama. kami berjumpa di stesen mrt AngMoKio lalu naik mrt ke Bugis. kami ke sana kerana ingin mencuba mascara yang baru dikeluarkan di pasaran merata Singapura itu. kami tahu tentang roadshow mascara ini dari majalah khas untuk kalangan remaja untuk membacanya. memang banyak infomasi yang di ketengahkan serta pelbagai isu-isu untuk remaja yang dapat dipelajari dari artikel-artikel tersebut. kami membaca tentang roadshow tersebut, ia inginkan ramai para remaja untuk mencuba mascara tersebut. mereka akan memberikan sedikit hadiah kecil untuk mereka yang datang mencuba mascara tersebut. apa lagi saya dan Elyna pun bercadang ke sana. naseb semasa kami sampai disana keadaan belum lagi sesak. dapatlah kami mencuba mascara tersebut. dapat jugak peluang ingatkan tak dapat tapi naseb. selepas mencuba kami di suruh untuk mengambil gambil dengan mata kami yang bermascara tersebut. malulah jugak untuk bergambar dihadapan kalangan orang yang berulang-alek. dah sudah mengambil gambar kami pun terima hadiah kecil yang akan diberikan kepada kami selepas sudah mengambil gambar. seterus nya kami ke Bugis street untuk menjeling-jeling fesyen yang baru diketengahkan itu. memang geram rasanya melihat fesyen baru itu dijayakan oleh patung-patung tersebut. eee.. pakal tidak cukup duit kalau tidak memang dah beli koleksi pakian fesyen tersebut. setelah jalaan-jalan disana kami ke Marina makan lalu duduk ditepi laut Esplaned tenangkan pikiran kami sambil berborak. pada jam 8 lebih kami pun pulang.

Jumaat- Hari ini saya dan Elyna telah ke Velocity untuk menyokong teman rapat kami, Mushira dalam pertandingan lawanan panjat tembok. keadaan disana memang penuh sesak dengan peserta lawanan panjat tembok tersebut. semua peserta terdiri daripada semua sekolah di merata Singapura ini. pesertanya terdiri pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun (kalau tak silap saya). Memang tidak dinafikan perlawanan ini memang benar-benar mencabar ia memerlukan tahap konsitrasi dan fizikal yang amat cekap untuk berjaya mendapat panjat hingga keatas. walaupun Mushira pemanjat tembok dari kumpulan sekolah tetapi semasa dia mencuburi perlawan tersebut dia jugak agak terkial-kial memikirkan jalan untuknya tiba di atas tembok tersebut kerana tembok yang akan dia panjat itu sangat sukar untuknya memanjat. dia mengambil masa yang agak lama memikirkannya hingga waktunya sudah tamat. tetapi tidak mengapa Shira awak sudah berjaya menangani cabaran yang sukar ini demi nama sekolah kita walaupun tidak berjaya tetapi pada saya awak memang berani untuk mengambil cabaran sukar ni SYABAS Shira (: selepas perlawanan itu berakhir kami pergi makan lalu pulang.